Panas !!! Penceramah Motivasi lakukan amang seksual kepada 9 pelajar sekolah

Panas !!! Penceramah Motivasi lakukan amang seksual kepada 9 pelajar sekolah

Berita dipetik dari Astro Awani

Terengganu : Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 11 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap sembilan pelajar lelaki di asrama sebuah kolej di sini.

Muhd Khairul Azhar Ali, 36, seorang penceramah yang secara sukarela memberi motivasi kepada pelajar di asrama itu, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketujuh, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar berumur 17 dan 16 tahun antara Mac hingga 11 Nov lepas manakala bagi empat lagi pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan sama terhadap dua pelajar berumur 17 tahun pada 10 dan 11 Nov.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Nooriah membenarkan tertuduh, yang diwakili peguam Che Amir Che Musa, diikat jamin RM26,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu dia perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 11 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad.

sumber : Astro Awani

COMMENTS