PPBM TELOR DI HUJUNG TANDUK
Nak tanya Muhyiddin, semalam mana yang lebih sakit. Kena cucuk vaksin atau Titah YDP Agong bahawa Parlimen boleh bersidang. Tiba tiba angka COVID mencanak naik 3545 kes.
Perkara yang paling ditakuti oleh Muhyiddin dan PPBM ialah sidang Parlimen dan PRU. Silap langkah PPBM boleh meninggal.
Kehilangan Johor dan Perak di ketika PPBM amat berkuasa di Kerajaan pusat menghiris hati pemimpin PPBM.
PPBM memang runsing bila 147 Ketua UMNO Bahagian menolak kerjasama dengan PPBM. Itu bermakna UMNO tetap bertanding di 16 kerusi lompat dari UMNO ke PPBM.
Maka apa yang tinggal untuk PPBM. Pagoh sendiri belum tentu dapat dipertahankan. Apa jaminan bukan Melayu akan mengundi PPBM?
PPBM bukan parti akar umbi. Tun M rancang jika PH berkuasa, Cawangan UMNO automatik jadi cawangan PPBM.
Sekarang apa jadi? Boleh tanya tak, berapa cawangan PPBM di 16 kerusi lompat. Contoh Larut dan Mersing. Saja tanya. Jangan saman pula.
Dr Puad Zarkashi
MKT Umno