Panas !!! Polis terima laporan Adun dari Selangor pukul isteri sendiri

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disiasat berhubung dakwaan memukul bekas isterinya.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @Salleh susulan laporan dibuat oleh bekas isteri ADUN tersebut pada bulan lalu.

“Saya mengesahkan pihak kami telah menerima laporan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan insiden tersebut berlaku pukul 11 malam, 21 Ogos lalu di rumah mereka di Banting di sini ketika kedua-duanya masih pasangan suami isteri.

Kedua-dua mereka dilaporkan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat, Khamis lalu.

sumber : Kosmo