Panas !!! Rupanya ada Ahli Parlimen yang tak percaya vaksin, desak dedah siapa dia

Panas !!! Rupanya ada Ahli Parlimen yang tak percaya vaksin, desak dedah siapa dia

Akmal Nasir (PH-Johor Bahru) meminta supaya mendedahkan beberapa ahli parlimen yang tidak divaksin atas faktor kepercayaan agama.

Menurutnya, soalan itu ditujukan kerana terdapat khabar angin mengenai beberapa ahli parlimen yang masih belum divaksin.

“Ada khabar angin mengatakan ada ahli parlimen tak vaksin disebabkan soal kepercayaan.

“Jadi saya harap kalau boleh speaker dedahkan ahli-ahli parlimen yang tak nak vaksin sebab saya percaya kita ambil vaksin ini tidak akan merendahkan fahaman agama kita,” katanya kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon.

“Jadi tolong tunaikan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad memaklumkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Dis lalu mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

Zulkifli berkata penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/584916

COMMENTS