Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin mengumumkan senarai calon BN di Kota Kinabalu hari ini.
Umno akan bertanding di 31 daripada 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun, bekas ketua menteri Musa Aman tidak diberikan kerusi dalam pilihan raya negeri kerana menurut Bung Moktar beliau tidak memintanya.
Musa, “panglima perang” lama Umno, sebelum ini bertanding di DUN Sungai Sibuga atas tiket Umno dan BN sejak 1994.
Pada Julai, beliau mengisytiharkan mempunyai majoriti cukup untuk mengambil alih kerajaan pimpinan Warisan.
Ketua Menteri Shafie Apdal bagaimanapun menasihatkan yang di-pertua negeri membubarkan DUN.
Berikut adalah senarai calon Umno yang akan bertanding di bawah tiket Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri bulan ini:
- Banggi – Akram Ismail
- Bengkoka – Harun Durabi
- Pitas – Sufian Abdul Karim
- Tempasuk – Mohd Arsad Bistari
- Usukan – Datuk Seri Salleh Said Keruak
- Pantai Dalit – Jasnih Daya
- Karambunai – Datuk Yakub Khan
- Darau – Datuk Jumat Idris
- Tanjung Aru – Mohd Reduan Aklee
- Tanjung Keramat – Shahelmey Yahya
- Pantai Manis – Mohd Tamin @Tamin Zainal
- Bongawan – Ag Lahap Ag Bakar
- Lumadan – Datuk Kamarlin Ombi
- Sindumin – Sani Miasin
- Kemabong – Datuk Raime Unggi
- Telupid – Abdul Wahab Abdul Ghani
- Sugut – James Ratib
- Gum-Gum – Suhaimi Nasir
- Sungai Manila – Mokran Ingkat
- Sungai Sibuga – Mohamad Hamsan Awang Supian
- Sekong – Hazulizah Md Dani
- Kuamut – Juhari Janan
- Lamag – Datuk Seri Bung Moktar Radin
- Sukau – Datuk Jafry Ariffin
- Tungku- Momen@Abd Momen Anchai@Anghai
- Kunak – Halid Harun
- Sulabayan – Abdul Manan Indanan
- Balung – Hamild@Hamid Awang
- Kukusan – Chaya Sulaiman
- Tanjung Batu – Andi Muhammad Surady Bandy
- Paginatan – Junaidi Sahat