Panas!! UMNO Terengganu tetap akan bertanding semua kerusi lawan PAS

UMNO Terengganu sekali lagi mengulangi pendirian akan bertanding di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangannya, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, fokus dan gerak kerja UMNO negeri kini tertumpu ke arah pertandingan di semua kawasan.

Bagaimanapun, katanya, demi kestabilan politik dan negara, parti itu akur dengan apa jua keputusan pucuk pimpinan berhubung agihan kerusi dengan rakan komponen Muafakat Nasional (MN), Pas.

“Suasana di Terengganu berbeza dengan pantai barat kerana persaingan di sini tertumpu kepada UMNO-Pas sahaja.

“Kami akur dengan keputusan pucuk pimpinan jika kaedah dan pelaksanaan pembahagian kerusi bersifat menang-menang untuk kedua-dua parti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu Nik Dir berkata, Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) menganjurkan Majlis Penerangan & Bengkel Sub Manifesto PRU-15 Barisan Nasional (BN) Terengganu di daerah ini semalam.

Katanya, program sehari yang dirasmikan oleh Pengerusi BPUNT, Datuk Seri Ahmad Said itu bertujuan mengumpul cadangan dan pandangan daripada keseluruhan kepemimpinan UMNO di lapan bahagian. -UTUSAN ONLINE