Pandu kereta sampai berselisih dengan penghadang jalan, ramai sebak tengok warga emas tetap pandu kereta walaupun sudah uzur

Apabila sudah menjengah usia senja sudah banyak kerja-kerja berat tidak mampu lagi dilakukan. Apatah lagi memandu kereta ke destinasi yang agak jauh.

Baru-baru ini tular di TikTok perkongsian seorang pengguna yang menunjukkan sebuah kereta yang dipandu oleh sepasang warga emas.

Kereta itu dilihat ke kiri dan ke kanan dan kadang kala berselisih dengan penghadang jalan. Beberapa ketika selepas itu, kereta tersebut berhenti di bahu jalan dan dibantu oleh orang awam yang merekod video tersebut.

Pemandu warga emas itu dilihat mungkin menghadapi kesukaran memandu kerana keadaan kakinya dan di bahagian belakang kereta diandaikan isterinya juga kelihatan sudah uzur.

@raditezza #hyundaiavega #orangtuasegalanya #fyp Video:TT/@iyaaainimenyun ♬ suara asli – Dika Raditezza

Rata-rata warganet sebak dan sedih melihat perkongsian tersebut.

Baca juga: “Mak mertua ingat mak aku nak ‘guna guna’ ayah bila tembikai ada bau wangi, kemuncaknya bila telefon ayah tertinggal kat rumah..”