Panduan lelaki berkulit gelap pilih warna baju Melayu, barulah segak bergaya di Hari Raya macam selebriti

Berbaki beberapa hari lagi nak raya mungkin ada yang masih dilema mahu memilih warna apa yang sesuai untuk baju Melayu yang dipakai 1 Syawal ini.

Dilema lebih ketara bagi mereka yang berkulit hitam manis.

Namun, jika kena pemilihan warna yang dibuat, anda juga boleh segak bergaya macam Khairy Jamaluddin dan Remy Ishak.

Ini panduan untuk memilih warna sesuai seperti dikongsi seorang Youtuber, Sahil Kumar:

1) Pilih warna pastel (lembut)

Lelaki berkulit hitam manis sesuai memakai warna pastel bertona lembut seperti lavender, baby blue dan merah muda.

Warna pastel sebenarnya mampu menonjolkan warna kulit. Pemilihan warna ini juga akan membuatkan penampilan anda tampak ‘seimbang’ dan memukau pandangan.

2) Warna jangan jeling pun

Ada beberapa warna yang perlu anda jangan jeling pun.

Antara warnya itu seperti biru gelap, hijau, coklat gelap atau magenta.

Sebaliknya carilah warna yang lebih terang dan lebih ‘meriah’ dipandang.

3) Usah ‘hilang’ dari radar

Elak warna hitam jika tidak mahu ‘hilang’ dari radar. Warna hitam patut anda elak kerana ia akan membuatkan penampilan nampak lebih kusam dan malap.

Itu sebabnya memakai baju warna terang digalakkan kerana warna kontra seperti ini akan menyerlahkan lagi warna kulit hitam manis anda.

BACA JUGA “Saya rasa semua wanita di kampus suka saya”, rupanya memang ada sindrom ‘khayalan cinta’ sampai kena ambil ubat