Panjat ‘flyover’ semata-mata nak lihat matahari terbenam, remaja dikecam

  • Post author:

Panjat ‘flyover’ semata-mata nak lihat matahari terbenam, remaja dikecam. Selalunya kalau nak lihat matahari terbenam, pastinya ramai memilih untuk pergi ke pantai. Namun tindakan remaja yang memanjat ‘flyover’ di atas jalan raya boleh mengancam nyawa andainya terjatuh.

Viral di media sosial TikTok baru-baru ini, satu hantaran oleh seorang pengguna yang memaparkan tindakan sekumpulan remaja yang mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, sekumpulan remaja dilihat sedang duduk di atas flyover dipercayai bertujuan untuk melihat matahari terbenam.

Malah, mereka turut dilihat memanjat dan duduk di atas tebing flyover sambil turut melambai-lambai pada kenderaan di bawah.

@missblackwhite__

Kalau jatuh terus tak jadi tengok sunset, dia jdi said goodbye😔

♬ original sound – Syahmi Hisham – Syahmi Hisham

Kalau jatuh terus tak jadi tengok sunset, dia jadi said goodbye.

Difahamkan, lokasi kejadian berlaku di flyover Bernam Jaya, Tanjung Malim, Perak.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meninggalkan pelbagai reaksi, ada yang berasa bimbang jika mereka terjatuh daripada flyover tersebut.

Ya Allah, aku yang seram tengok -netizen.

Ada juga yang mengatakan tindakan remaja itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengundang bahaya pada kenderaan di bawah flyover yang rata-ratanya sedang memecut laju.

Baca Juga: Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati, ucap terima kasih pada yang menyokong

Baca Juga: ‘Jika kerajaan tidak serius tangani harga barang naik, himpunan aman besar-besaran akan diadakan’