Papagomo kena ‘heret’ ke mahkamah

Cybertrooper team bekas Perdana menteri, Tun Mahathir hari ini diheret ke mahkamah atas dakwaan buat kenyataan khianat kepada kerajaan.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dijadual dihadapkan di Mahkamah Sesyen Jenayah Siber, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 9 pagi ini.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sudah mendapat arahan pertuduhan dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Pertuduhan dibuat berdasarkan hantaran kenyataan khianat di akaun Facebook pengguna bernama Halid Hamidi.

Papagomo telah disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Pada bulan lalu Papagomo telah disiasat kerana membuat hantaran mengaibkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Youtube.

baca lagi: “Suami aku jenis cepat perasan, semua perempuan yang dia jumpa dia cakap nak ngorat dia padahal…”