Menjaga kebersihan dalam urusan memasak sangat penting, dan ini termasuk kebersihan papan pemotong sayur yang digunakan setiap kali memasak.
Mungkin ramai yang tidak peka terhadap perubahan warna pada papan pemotong yang sudah menjadi hitam dan menganggap ini sebagai sesuatu yang biasa.
Jangan sambil lewa ye dengan perkara ini sebab papan pemotong juga mengandungi bakteria yang berbahaya sekiranya tidak dibersihkan dengan cara yang betul.
Anda hanya perlukan 3 bahan ini :
-Limau nipis
-Baking soda
-Cuka epal
Langkah-langkahnya :
Langkah pertama, potong limau nipis menjadi dua bahagian. Selepas itu, taburkan baking soda ke seluruh permukaan papan pemotong.
Gosok papan dengan menggunakan sebelah potongan limau yang tadi dipotong. Biarkan selama 10 minit.
Selepas 10 minit, gosok sekali lagi papan pemotong dengan menggunakan sebahagian dari limau yang tadi dipotong.
Kemudian, tuangkan cuka epal ke permukaan papan dan teruskan menggosok atau menyental sehingga anda puas hati. Sesuaikan keputihan papan mengikut kesukaan anda.
Selain menyental menggunakan berus pinggan, anda juga boleh menggunakan berus besi untuk memastikan kotoran terangkat dengan mudah.
Selamat mencuba!
Baca juga: Terkejut tengok gua batu kapur bawah Kuala Lumpur, perkongsian lelaki ini buat ramai kecut perut