Tindakan pelakon dan juga suami kepada Zahirah MacWilson yang memaparkan adegan mereka berciuman di media sosial nampaknya mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Pengguna media sosial beranggapan gambar tersebut bukan satu kesalahan namun ia cukuplah sebagai simpanan suami isteri.
Ada di antara mereka juga bimbang jika ada pihak tertentu akan berasa ‘panas’ melihat aksi mesra mereka dan akan ‘meroyan’ di media sosial.
“Gambar terakhir itu boleh padam kalau tidak mahu tambah dosa.
“Ada orang akan meroyan kalau tengok gambar itu. Ada yang ‘panas’ tapi bukan api.
“Jaga-jaga ada yang memerhati, mentang-mentang dah tak duduk Malaysia,” komen netizen.
Menerusi hantaran di Instagram, Aiman, 35, menunjukkan gambar kemesraan mereka berdua serta anak sulung yang sedang melawat sebuah ladang di Australia.
Namun, foto terakhir memaparkan gambar berciuman yang merupakan tanda kenangan mereka bertiga sebelum isteri pelakon tersebut melahirkan anak kedua tidak lama lagi.
Baca juga: Umum peruntukan RM5.21 juta sebelum PRK, SPRM siasat Nga Kor Ming