Papar Kehidupan ‘Diancam’ Di Israel, Rakaman CCTV Hasil Hacker Malaysia Nyatakan Sebaliknya

Sekitar minggu yang lalu, kumpulan hacker dari Malaysia terdiri daripada DragonForce Malaysia, AnonGhost dan beberapa lagi pasukan yang lain muncul sebagai perwira ‘dalam talian’ setelah melancarkan #OpsBedil dan berjaya menggodam sistem pengkalan data Israel.

Rata-rata netizen memuji kejayaan kumpulan hacker tersebut dan anggap ia sebagai tanda solidariti serta sokongan terhadap warga Palestin yang sedang dibedil oleh Zionis.

Terbaharu, DragonForce Malaysia dilaporkan telah berjaya menggodam 5,000 sistem rakaman kamera litar tertutup CCTV yang dipasang di beberapa kediaman milik warga Israel, memetik sumber Telegram DragonForce Malaysia.

Berdasarkan satu ciapan oleh pengguna Twitter @Ohmyperak yang memuat naik semula gambar rakaman CCTV yang berjaya dicuri oleh ForceDragon Malaysia, kelihatan beberapa orang warga tua Israel duduk bersantai di sofa mereka sambil menonton siaran di televisyen.

Mereka dilihat santai seperti tiada peperangan yang berlaku di luar kediaman mereka. Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen sepertinya kurang senang dengan tindakan santai yang dipaparkan oleh warga Israel berkenaan.

Ini kerana di media sosial, rata-rata warga Israel serta pemimpin mereka menuduh kononnya warga Palestin merupakan kelompok ‘pengganas’ yang memulakan dahulu peperangan lalu melancarkan gerakan tanda pagar #IsraelUnderAttack di Twitter.

Dalam pada itu, dilaporkan juga terdapat hacker dari Israel yang berjaya menggodam akaun Instagram milik salah seorang Instafamous di Malaysia.

Lantaran itu, anda disarankan supaya menjaga keselamatan akaun sosial media masing-masing dan kalau boleh cipta kata laluan yang sukar untuk hacker Israel godam kerana menerusi platform inilah kita semua boleh bantu perang siber #OpsBedil dan solidariti untuk menyokong Palestin.

sumber : https://www.thevocket.com/papar-kehidupan-diancam-di-israel-rakaman-cctv-hasil-godam-dragon-force-nyatakan-sebaliknya/