Parkir sesuka hati, netizen puas hati kereta dihimpit bas sehingga rosak

Parkir sesuka hati, netizen puas hati kereta dihimpit bas sehingga rosak. Tular di media sosial video memaparkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dihimpit bas sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian sisi kenderaan terbabit.

Menerusi perkongsian asal oleh @ayin8686 itu, kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah pusat beli-belah di ibu kota baru-baru ini.

Semalam, video tersebut sekali lagi tular di Twitter selepas dimuat naik oleh portal Isu Semasa Viral dengan memaklumkan punca kejadian disebabkan pemandu MPV terbabit meletakkan kenderaan di ruangan larangan parkir sehingga menghalang laluan pengguna lain.

“Puas hati tengok video ini, ini makan dia kalau suka parkir ikut suka hati sampai menyusahkan orang lain.

“Harap pakai kereta besar tapi otak langsung tak berfungsi,” ciapnya.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya berpuas hati dengan insiden yang berlaku itu.

“Nasib baik bas, kalau lori kontena ke mahu jadi kancil dibuatnya, kalau aku la, bawa lori simen, tuang atas kereta, nak parkir sangat tempat dilarang parkir,” ciap @husbandnakal.

Jadi lepas ini, boleh beringat untuk tidak meletakkan kenderaan sesuka hati hingga menyusahkan orang lain. Jadilah pemandu yang bijak dan sayangi kereta anda.

Baca Juga: Pemandu diserang sawan rempuh 9 buah kenderaan

Baca Juga: 12 bahagian ini tidak terdapat di pasaran, jagalah selagi nyawa dikandung badan