Ramai menteri didapati “hilang” semasa banjir dan lari daripada tanggungjawab membantu rakyat yang terkesan, kata Anwar Ibrahim ketika menempelak dakwaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa wakil rakyat pembangkang tidak turun padang semasa bencana itu.
Memetik dari FMT, Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang itu memberitahu Parlimen, walaupun Ismail sendiri turun padang ketika banjir, kalangan Jemaah Menteri bertindak sebaliknya.
“Banyak menteri hilang, tidak dilihat di lapangan. Ada yang memilih untuk menjalani umrah, rakyat mati, rumah hanyut dan kita pilih untuk melaksanakan umrah. Ini perlu diperbetulkan,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.
“Walaupun pergi sebelum (banjir), balik segeralah apabila banjir melanda dan tunaikan tanggungjawab anda sebagai menteri. Saya bercakap tentang keutamaan di sini,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL