Parti Amanah keluar dari kerajaan perpaduan?

Kecoh dunia politik semalam ekoran gesaan pemimpin Amanah Hanipa Maidin yang mahu Amanah keluar dari kerajaan perpaduan. Beliau berkata dia kesal dengan kerajaan perpaduan kerana keadilan masih sukar dicapai dalam kes Ong Ing Keong, pemandu e-hailing pekak yang diserang oleh anggota polis.

Bekas timbalan menteri undang-undang era pentadbiran PH 2018 itu berkata jika dia menerajui Amanah maka dia tidak akan teragak-agak untuk mendesak EGM diadakan bagi menentukan kedudukan dalam kerajaan.

“Jika saya presiden Amanah (yang saya tidak berminat dan tidak layak), saya akan mendesak EGM untuk mengundi sama ada untuk kekal atau keluar daripada kerajaan perpaduan. selesai,” katanya.

Respon daripada Presiden Amanah, Mohamad Sabu, beliau enggan mengulas cadangan agar parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menentukan kedudukannya dalam kerajaan perpaduan seperti dilontarkan ahli jawatankuasa Amanah nasional, Mohamed Hanipa Maidin.

Menteri pertanian dan keterjaminan makanan itu berkata, ini kerana dia mahu menumpukan kepada penganjuran pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 ketika ini.

“Saya tak mahu komen, tumpu MAHA dulu,” katanya ringkas kepada pemberita di Konvensyen Usahawan Agro Madani 2024, di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor, hari ini.

Baca: Mudah je resepi ayam goreng kunyit padu ini, tak tahu masak pun boleh jadi ‘power’