Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas yang berlangsung pada Isnin meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu kenyataan menegaskan ketetapan itu mengambil kira panduan yang diberikan Majlis Syura Ulama (MSU) Pas yang bersidang 31 Oktober lalu.
Katanya, ia selaras dengan Peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas.
Sebelum ini, media melaporkan MSU Pas menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk membuat keputusan berkaitan penggunaan lambang dalam PRN Melaka.
Menurut Setiausaha MSU Pas, Mohd Khairuddin Aman Razali, parti itu telah membincangkan penggunaan lambang tersebut dari sudut Siyaasah Syar’iyyah dengan menekankan kepentingan perundingan pertandingan dua penjuru agar kemenangan tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH).
sumber : https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-melaka-pas-guna-lambang-pn-hadi-awang-328637