Pas samakan PRK KKB dengan Perang Uhud, anggap perang melawan Kerajaan Madani

Selepas kalah di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Baharu (KKB), Pas terus menyamakan kekalahan tersebut seperti Perang Uhud yang menyaksikan Nabi Muhammad bertempur namun menemui kekalahan.

Fadhli Syaari turut meniup api perkauman semasa PRK KKB berlangsung baru-baru ini.

Untuk info, Perang Uhud adalah jihad Al-Qital (perang) kerana tentera Musyrikin menyerang Madinah.

Parti tersebut menyangka mereka bersaing di dalam pilihan raya melawan Kerajaan Madani yang majoriti Muslim bersama warganegara bukan Muslim lain manakala Raja-Raja Melayu sebagai tonggak.

Mereka seharusnya menyangka ini medan ‘fastabiqul khairat’ atau berlumba-lumba membuat kebaikan dan bukannya perang semata-mata.

Golongan Ghuluw ini dikategorikan sebagai pelampau yang berlaku pada kelompok Khawarij.

Khawarij lahir kerana mereka ‘terlajak’ dan ghuluw dalam beragama yang Nabi Muhammad SAW umpamakan mereka seperti anak panah yang terkeluar dari busurnya.

Baca juga: PM buat kejutan, ini yang patut anda tahu tentang Perutusan Negara malam ini