Pasangan kantoi lepas nafsu dalam laut, terkejut bila kena sergah orang ramai

Bermaksiat antara lelaki dan perempuan adalah satu dosa besar. Melakukan maksiat akan membuka pintu keburukan seterusnya. Seorang ulama berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

Seorang pengguna Facebook Mohd Shahril Mat Saad berkongsi status dilaman sosialnya mengenai kelakuan pasangan lelaki dan perempuan yang melakukan perkara tidak senonoh di dalam laut. Melalui perkongsian itu, kejadian dikatakan berlaku di Ban Pecah, Parit Buntar.

Ban Pecah terletak di Tanjung Piandang, Perak yang terkenal sebagai kawasan rekreasi dan aktiviti pelancongan dicemari aktiviti maksiat. Dalam luahannya itu dia memohon Jabatan Agama Islam Parit Buntar untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Dia juga sempat bertanyakan pasangan itu adakah mereka sudah berkahwin tetapi, dinafikan oleh si lelaki. Dia juga sempat memberi sedikit nasihat buat pasangan tersebut.

Ruangan komen juga dipenuhi oleh komen warganet yang mengutuk dan mengeji perbuatan pasangan tersebut yang dianggap sangat memalukan.

Baca juga: https://themalaysialife.com/tidak-wajar-umno-tersinggung-dengan-wan-fayhsalkata-pemuda-pbbm/