Pasangan OKU selamat diijabkabul, netizen ucap tahniah dan teruja tengok akad nikah pasangan ini menggunakan bahasa isyarat

Setiap manusia diciptakan berpasangan. Bagi meraikan hubungan indah yang sudah terjalin, pernikahan adalah cara untuk mengikat kedua-dua mempelai secara sah.

Walaupun begitu tidak semua di antara kita yang dilahirkan dalam keadaan serba sempurna dan menyebabkan mereka mempunyai sedikit batasan bagi melafazkan akad nikah.

Namun ia tidak menjadi penghalang buat orang kurang upaya (OKU) membina sebuah rumah tangga.

Pasangan pengantin kurang upaya (OKU) berjaya disatukan menjadi pasangan suami isteri dengan menggunakan bahasa isyarat telah meraih perhatian netizen.

Orang ramai memperoleh ilmu baharu dan berasa teruja melihat pengantin lelaki OKU menggunakan bahasa isyarat bagi melafazkan akad nikah.

aru-baru ini, tular satu perkongsian di akaun TikTok, menunjukkan seorang lelaki kurang upaya bernama Hakim sedang menjalani proses ijab kabul bersaksikan orang ramai dalam sebuah masjid di Kelantan.

Menurut satu komen oleh pengguna TikTok, pengantin wanita juga adalah seorang OKU pekak seperti pasangannya.

Dalam video itu, penterjemah dilihat sedang mentafsirkan percakapan Tok Kadi kepada Hakim menggunakan isyarat tangan.

Hakim kemudiannya membalas dengan menyempurnakan akad nikah menggunakan bahasa isyarat yang sama.

“Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut,” kata juruterjemah yang menterjemahkan lafaz akad nikah oleh pengantin lelaki.

@aidel132 Majlis akad nikah orang kelainan kurang upaya guna bahasa isyarat #nikah #fyp #utusanmalaysia #utusantv ♬ original sound – M.Aidel

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata warganet gembira melihat kaedah proses ijab kabul oleh pengantin lelaki OKU.

Ada juga berkata ini kali pertama mereka melihat cara akad nikah dijalankan bagi mereka yang menggunakan bahasa isyarat.

Baca juga: Terkini! Lelaki ini kongsi letak handphone atas paha semasa memandu boleh dikenakan saman