Pasangan pelajar tahfiz berserban dan jubah abaya ditangkap khalwat dalam hotel

Perkongsian oleh seorang ustaz selebriti baru-baru ini membuka mata kita semua bahawa pentingnya menjaga perilaku kita sebagai umat islam.

Status diri bukan lagi dikira tidak kisah anda seorang terpelajar atau tidak. Semuanya Allah uji. Berikut merupakan perkongsian Ustas ilyas:-

“Kawan saya ni kata, sebelum ni (mereka) buat serbuan ada (kes) suami orang (ditangkap) bersama isteri orang, bos dengan setiausaha pun ada, orang berpangkat besar dengan PA (pembantu peribadi) pun ada.

“Tapi dalam banyak-banyak kes dia jumpa, ada satu kes dia tak biasa jumpa.

“Dia cerita, ketika pecah pintu satu bilik, ada budak lelaki berseluar pendek duduk atas katil… ada seorang lagi perempuan dalam bilik air.

“Apabila perempuan dan lelaki dalam satu bilik, takkanlah belajar tajwid?” ceritanya kepada hadirin ketika menyampaikan kuliah agama.

“Kawan saya tanya sama ada dah menikah ke? Budak tu jawab belum… tapi nak menikah. Mungkin depa (mereka) bincang tarikh kahwin kot dalam bilik.

“Kena ceramah sekejap, kemudian suruh dua-dua pakai baju… kita sembang di balai dan hubungi waris,” ceritanya

Ketika itulah Ustaz Elyas berkata, rakannya tergamam apabila pasangan berkenaan mengenakan pakaian masing-masing.

“Tuan-tuan tahu budak lelaki tu capai baju apa? Jubah putih! Siap serban atas kepala.

“Budak perempuan tu pula, memanglah mulanya berbaju t-shirt lengan pendek. Apabila pakai baju, jubah hitam… abaya. Kawan saya pun pelik.

“Tahu tak mereka tu siapa? Mereka berdua adalah pasangan pelajar tahfiz, menghafal al-Quran.

“Ya Allah, tuan-tuan bayangkanlah. Al-Quran di dada… macam mana hangpa (kamu) boleh terlibat dengan benda lagu (macam) ni,” katanya lagi mengimbas kembali kisah yang dikongsikan rakannya.

baca; Netizen puas hati pembunuh Zulfarhan ke tali gantung, ‘throwback’ video lama mereka tersenyum