Pasangan redha diuji kereta baharu tenggelam dalam banjir kilat – “Tak sampai sejam keluar showroom”

Hanya dalam masa kurang dari satu jam selepas mendapat kunci kereta baharu, pasangan suami isteri ini terpaksa menghadapi ujian yang tidak dijangka apabila kenderaan baru mereka menjadi mangsa banjir kilat yang tiba-tiba melanda.

Meskipun berhasrat untuk merasai pengalaman pertama memandu kereta baru itu dengan gembira, situasi berubah apabila mereka memilih jalan pintas yang biasanya selamat, namun kali ini terkena kesan banjir kilat.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh individu bernama Azhazul Azri di Facebook, pasangan berkenaan merupakan klien adiknya yang baru saja menerima kenderaan model Proton X50 pada petang Sabtu.

“Adik saya deliver kereta customer jam 5.00 petang. Jam 6.00 petang kereta customer tenggelam banjir,” tulisnya.

Difahamkan, kenderaan pasangan tersebut ditenggelami akibat banjir kilat yang melanda kawasan Puchong, Selangor pada Sabtu.

Tambahan kepada itu, individu berkenaan menyatakan bahawa pasangan tersebut mengambil tindakan yang bijak dengan menyertakan perlindungan khas untuk kenderaan mereka, iaitu perlindungan khas banjir (special perils).

“Mujur adik saya paksa customer (kawan dia) tambah cover special perils. Bila tenggelam begini, kita tak ralat sebab insurans cover.

“Banjir adalah risiko yang kita tak boleh kawal. Masuk mall cuaca panas. Pergi makan pergi solat, keluar mall kereta dah tenggelam.

“Kalau terendam banjir kereta canggih-canggih ni, RM10,000 tak cukup nak restore.

“Lega. Lega betul saya dengar bila kereta ini cover special perils. Baru sejam keluar showroom,” tulisnya.

Baca juga: Rupanya ada makanan yang boleh ‘trigger’ buasir, kena jaga takut makin melarat