Portal berita MailOnline melaporkan bahawa senarai pasport paling berkuasa di dunia untuk tahun 2024 telah dikeluarkan. Yang paling menariknya, untuk kali pertama dan tempat pertama dalam ranking tersebut dikongsi oleh enam negara.
Berdasarkan Indeks Pasport Henley yang berpusat di London, enam pasport tersebut merangkumi Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Jepun, dan Singapura.
Warganegara dari keenam negara tersebut dapat mengunjungi 194 destinasi dari total 227 negara di seluruh dunia tanpa memerlukan visa.
Tiga negara yang berada pada tempat kedua adalah Finland, Korea Selatan, dan Sweden.
Manakala tempat ketiga diduduki oleh Austria, Denmark, Ireland dan Belanda.
Amerika Syarikat (AS) kini menduduki tempat ketujuh dengan akses ke 188 negara tanpa visa. Namun, kedudukan ini masih jauh berbeza dengan peringkat pada tahun 2014, di mana AS bersama dengan UK menduduki tempat pertama.
Sementara itu, Malaysia menduduki tempat ke-12 dan berkongsi kedudukan tersebut bersama dengan Cyprus dan Liechtenstein.
Baca juga: Remaja review bungkusan udara segar dibeli dari Bandung, Jakarta-“Saya dah tak perlu melancong”