Passport paling berkuasa dalam dunia, Singapura akhirnya tewaskan Jepun

Menurut Henley Passport Index, Singapura menduduki tempat pertama dalam passport paling berkuasa di dunia dengan membenarkan kemasukan tanpa visa ke 192 destinasi global.

Manakala juara selama lima tahun iaitu Jepun jatuh ke tempat ketiga dengan bilangan destinasi yang boleh dilawati tanpa visa ialah hanya 189 destinasi.

Jepun juga berkongsi kedudukan bersama dengan negara lain iaitu Austria, Finland, Perancis, Luxembourg, Korea Selatan dan Sweden.

Malaysia pula sekadar mampu beroleh tempat ke-11 dengan hanya 180 destinasi yang boleh dilawati tanpa visa ke destinasi global.

Dengan memiliki data selama lebih daripada 18 tahun, Henley Passport Index merupakan satu-satunya indeks pasport yang memperoleh data eksklusif dari Pihak Berkuasa Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Indeks Pasport Henley merangkumi 199 pasport yang berbeza dan mencakupi 227 destinasi perjalanan yang berbeza. Indeks ini dikemaskini setiap suku tahun dan dianggap sebagai rujukan standard bagi warga global dan negara berdaulat dalam menilai kedudukan pasport dalam konteks mobiliti global.

Baca juga: “Kawan pinjam duit untuk downpayment Bezza sebab isteri mengidam, last-last hutang tak bayar tapi asyik up status tayang kereta dalam FB”