Perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan KL City pada sabtu lepas menyaksikan JDT menang dengan 2 mata manakala KL City pula tidak menjaringkan sebarang gol.
Ini menjadikan JDT adalah juara Piala FA 2023 dan Johor pula telah mengambil cuti peristiwa sempena kejuaraan ini.
Namun siapa sangka lelaki ini yang datangnya dari Kuala Lumpur untuk menonton perlawanan bola telah dipukul oleh sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai Johor Military Force.
Mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi dan mendapatkan rawatan di wad HUKM.
Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, doktor turut mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami mangsa melibatkan patah hidung, pendarahan di kepala, pendarahan di mata kanan dan lebam di seluruh badan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (Cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang merbahaya. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.
“Orang ramai yang melihat kejadian tersebut di kehendaki tampil ke bahagian siasatan jenayah IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan,” katanya.
Selain itu tular satu video yang memaparkan seorang individu yang dikelilingi ramai lelaki dipukul secara beramai-ramai.
Video tersebut mendakwa ia adalah bukti mangsa dipukul oleh Johor Military Force.
Baca juga: Kecoh dakwaan Imam Mahdi muncul tahun 2024, akhirnya Ustaz Azhar Idrus dedah perkara sebenar