Patung “kerajaan pembunuh” ditemui di Melaka

Patung manusia bertulis “kerajaan pembunuh” ditemui di sebuah jejambat di Melaka pagi ini.

Patung itu ditemui orang awam di jejambat Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh – tidak jauh daripada Seri Negeri, bangunan pentadbiran kerajaan, lapor Oriental Daily.

Patung itu dipakaikan seluar biru muda, baju putih dan bertopi jerami. Perkataan “kerajaan pembunuh” ditulis dengan warna merah.

Pihak polis dilaporkan mengalihkan patung itu pagi ini.

Malaysiakini sudah menghubungi Ketua Polis Melaka Tengah Afzanizar Ahmad bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Mei lalu, beberapa grafiti “kerajaan gagal” muncul di kawasan sekitar Sungai Melaka sebagai tanda proses terhadap kerajaan.

Semalam, kes harian masih melebihi angka 9,000, selepas mencatat rekod baru dengan 9,353 kes sehari sebelumnya.

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/582704