“Patut berat phone aku, dibuat main rupanya,” wanita ini hairan terjumpa 85 gambar yang ditangkap seseorang dalam handphonenya sekitar pukul 2 pagi

Telefon bimbit sekarang sudah menjadi satu alat yang diperlukan oleh semua orang. Ini kerana segala kerja harian juga menggunakan telefon bimbit. Setiap orang menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi dan juga mendapatkan sebarang informasi.

Namun, ada juga beberapa kisah aneh yang melibatkan telefon bimbit. Baru-baru ini seorang pengguna TikTok telah berkongsi pengalamannya.

Menurutnya, dia menjumpai 85 gambar yang tidak diketahui dari mana datangnya terdapat dalam ‘gallery’ handphonenya.

Gambar yang ditangkap itu juga semua dalam keadaan gelap.

“Memula ingat gambar rosak tapi bila main ‘contrast’, ia adalah gambar yang ditangkap seseorang.”

Lebih menghairankan, terdapat 40 gambar yang ditangkap sekitar pukul 2 pagi dan selebihnya sekitar 4 pagi.

Dia mendakwa dia telah tidur sekitar jam 12 pagi dan handphonenya sedang dicas di atas meja.

Menjengah ke ruangan komen, dia ada menjelaskan yang dia kini dalam proses memulihkan semangat dan memang ada benda yang sedang mengganggunya.

Baca juga: Akibat makan tilapia tercemar, kedua-dua kaki dan tangan wanita ini terpaksa dipotong