Patut ramai berebut, ini gaji menteri Malaysia

Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini menjadi perhatian lensa kamera dan rakyat Malaysia apabila berjaya menghabiskan larian 200 KM dari Muar ke Parlimen selama 2 hari sahaja.

Tak ramai ahli parlimen yang nekad seperti anak muda ini. Sebelum ini beliau pernah mendedahkan pendapatan sebenar ketika bergelar menteri.

Syed Saddiq pernah mendedahkan menerima pembayaran secara one-off sebanyak RM150,000 selepas kehilangan jawatan.

Beliau mendedahkan jumlah pendapatan itu bagi pertahankan diri dari tuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya semasa itu.

“Lagi sekali ada yang mencuba untuk kaitkan saya dengan rasuah. Saya masuk politik untuk bersihkan politik, bukan untuk kedudukan & kewangan.

“Dahulu ada yang mencuba kaitkan saya dengan kes rasuah tetapi sampai sekarang tidak dibuktikan langsung,” katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Muar menegaskan tiada keperluan baginya untuk menerima rasuah kerana pendapatan sebagai menteri dan ahli parlimen sudah memadai.

“Sampai sekarang saya tidak faham mengapa ada keperluan untuk Menteri makan rasuah. Gaji tinggi, allowance tinggi. Belum masuk one-off payments yang diterima.

“Gaji menteri + Ahli Parlimen = RM55,000 sebulan. (Ini tidak termasuk kalau kerap balik kawasan atau hadiri program yang jauh dari pejabat, kerana ada insentif tambahan).

Allowance one-off pinggan & mangkuk = RM42,000. Allowance tahunan percutian = RM70,000.

“Allowance makanan setiap hari = RM180/person had maksimum untuk claim belanja makan, tidak kira jumlah orang.

Allowance pindah rumah = RM10,000.

“Apabila diberhentikan sebagai menteri, dapat lagi one-off payment, ~RM150,000..”, ujurnya.

Sementara itu rata-rata orang ramai terkejut dengan jumlah yang didedahkan oleh Syed Saddiq itu dan melahirkan rasa terkilan dengan perbezaan pendapatan yang jauh antara menteri dan rakyat.

Baca: “Kerja pangkat tinggi tapi kebersihan out! Sekali jumpa je terus buat aku kembang tekak tengok rupa dia”