Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menjadi pemilik pertama di dunia menerima kenderaan kereta keluaran China, Hongqi L5.
Kereta keluaran FAW Group yang menampilkan rekaan gaya retro ini digunakan pemimpin tertinggi China bagi acara negara serta diplomatik.
Model mewah L5 yang menampilkan gaya retro sebenarnya terinspirasi dari model Hongqi CA770, sebuah kereta limosin mewah dari era 1963 hingga 1981.
Ciri-ciri seperti lampu utama bulat dan lampu belakang yang panjang menunjukkan penekanan kepada elemen retro. Model ini pertama kali diperkenalkan pada Shanghai Auto Show 2013.
Pada awalnya, L5 dikhaskan untuk digunakan oleh pemimpin tertinggi kerajaan China, yang mana pernah digunakan oleh Mantan Presiden Hu Jintao semasa menyertai perarakan tentera di Beijing.
L5 ini dilengkapi dengan enjin 6.0 liter CA12GV60-01 V12. Kod enjin yang panjang dan kompleks menunjukkan tahap kecanggihan enjin tersebut. Dengan kuasa sebanyak 402hp, ia lebih daripada cukup untuk menggerakkan kereta yang berat hampir 3 tan ini. Enjin berkuasa ini dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.
Walaupun versi Presiden ini tidak dijual secara massal, ia masih boleh ditempah khas oleh individu yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Parti Komunis China. Harga yang ditawarkan adalah lima juta duit China atau kira-kira RM3,069,709.00.
Meskipun model ini mewah dan mahal, Hongqi berencana untuk mengeluarkan edisi terhad untuk golongan Jutawan Kosmetik dari China. Namun, harga yang bakal ditawarkan agak tinggi, kira-kira enam juta duit China atau RM3,684,125.00.
Hongqi L5 juga digunakan sebagai kenderaan rasmi untuk pembesar yang melawat China. Contohnya, Presiden Perancis François Hollande menggunakan kenderaan mewah ini semasa lawatan ke China. Ironinya, Presiden François Mitterrand juga menggunakan model Hongqi CA770 semasa melawat China pada tahun 1983.
Yang menarik, model ini juga hadir dalam versi cabriolet dan digunakan semasa perarakan Hari Kebangsaan Belarus. Dua unit model cabriolet ini dihadiahkan oleh Menteri Pertahanan China kepada Menteri Pertahanan Belarus untuk digunakan, menunjukkan hubungan baik antara China dan Belarus.
Baca: Jangan terkejut lelaki yang cuba tembak isteri di KLIA itu hafal a-Quran