Patutlah kita boleh bersilat atas masjid bukan itu sahaja malah zaman Nabi Muhammad SAW juga digunakan sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti program ilmu.
Tidak perlu kecam tindakan mereka bersilat atas masjid kerana pada zaman berkenaan bukan sahaja dalam masjid dan pekarangan tetapi di tepi masjid turut digunakan untuk berlatih memanah bagi pertahankan diri ketika perang.
Timbalan Dekan Jaringan Industri, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, orang bukan Islam datang hendak bertemu dengan nabi di kawasan Masjid Nabawi yang turut dikatakan sebagai tiang perwakilan kerana perwakilan dari dalam dan luar negara datang bertemu nabi di situ.
“Jadi ini bermakna masjid boleh digunakan untuk banyak acara terutama bagi menarik anak-anak muda.
“Sekarang ini juga sudah banyak masjid bukan sahaja digunakan untuk solat, tetapi di pekarangan turut digunakan untuk membuka kiosk, mengadakan pelbagai sukan seperti ping pong, bilik tuisyen dan sebagainya kerana ini semua dibenarkan,” katanya kepada BH.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai satu klip video berdurasi 27 saat yang menunjukkan seorang individu bersama dua kanak-kanak membuat persembahan silat di pekarangan Masjid Nabawi di Madinah.
Bagaimanapun, video yang tular sejak beberapa hari lalu itu, mendapat kecaman daripada netizen kerana dikatakan tidak menghormati kawasan berkenaan.
Namun tidak dapat dipastikan individu berkenaan adalah rakyat Malaysia atau dari negara jiran.
Selagi mana polis tidak tahan, apa yang dilakukan tiada masalah selagi tidak menyalahi undang-undang.
“Itukan sesuatu perkara yang bagus kerana saya melihat perkara ini dari sudut yang positif,” katanya.
Baca juga: Kali ini Raja Bomoh kembali dengan aksi terkini, tarik duit guna daun pisang ramai nak ‘try’