Kejadian tanah mendap di Jalan Masjid India, di sini yang menyebabkan seorang wanita terjatuh dan hilang hari ini bukan kes pertama, sebaliknya ia pernah dilaporkan berlaku di lokasi sama tahun lalu.
Memetik dari BH Online, perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, bagaimanapun kejadian pada tahun lalu itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
“Saya difahamkan tempat ini dulu pernah mendap sekali, betul-betul berdekatan dengan tempat kejadian hari ini namun telah dibaiki.
“Untuk kejadian hari ini, kita ada rakaman CCTV (kamera litar tertutup) jelas menunjukkan kejadian bagaimana mangsa terjatuh (dalam lubang jerlus), (dan ia) hanya membabitkan seorang mangsa,” katanya seperti dopetik BH Online.
Namun hari ini, tular satu hantaran yang menunjukkan sejarah tanah Kuala Lumpur sebenarnya adalah dari kapur!Berikut merupakan perkongsiannya:-
Suka atau tidak..tempat yg paling tidak selamat untuk diduduki di Malaysia adalah Kuala Lumpur. Malapetaka “Giant Sinkhole” boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa seorang dari kita pun dapat menjangka. 40-60% dasar Kuala Lumpur adalah batu kapur.
Pembangunan tanpa henti, sistem saliran yg huru hara, kejadian mendapan atau pasir jerlus, pengaliran keluar air bawah tanah, bebanan melampau, pergerakan fizikal termasuk pembangunan persekitaran adalah antara penyebab kepada mala petaka ini lebih cepat berlaku.
Dipermudahkan, sekarang ini di bawah KL sedang terbentuk gua-gua batu kapur yang besar.
KL pula berada diatas bumbung gua ini. Dan apabila, bumbung gua ini tidak dapat menanggung beban..maka akan runtuhlah bumbung gua ini dengan membawa sekali Kota Kuala Lumpur kadasarnya.
Sebenarnya, 2 tahun yg lepas satu gua yg besar telah dijumpai di Cheras semasa pengerudian laluan MRT2 bawah tanah.
Namun ianya telah dirahsiakan kepada umum. Gua tersebut telah disumbat dengan bahan binaan untuk memastikan pembinaan Terowong MRT tidak terganggu.
Kita tunggu sahajalah..
*Nota: gambar hanyalah sebagai panduan sahaja. Kejadian di Guatemala.
**Ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. Sila rujuk Geologis sebenar untuk fakta yg lebih jelas.