Patutlah orang Kedah panggil duit syiling sebagai kupang, ada kena mengena dengan Sultan dahulu rupanya

Pasti ramai pernah tertanya mengapa Kedah dan negeri-negeri di Utara kebanyakannya menggunakan istilah kupang bagi duit syiling mereka dan sebagai kata ganti untuk sen serta puluh sen.

Sebutan tersebut telah sebati di dalam diri mereka sehingga terbawa-bawa ke mana sahaja mereka pergi. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui mengenai asal-usul nama kupang ini yang digunakan dalam mata wang.

Duit Syiling Tembaga

Mengimbau kembali sejarah lampau, negeri Kedah merupakan negeri yang berjaya menjalankan pentadbirannya dengan baik. Disebabkan itu, negeri Kedah berkemampuan untuk mengadakan satu sistem matawang yang teratur kerana pemerintahannya yang stabil.

Baca Artikel Penuh