Patutlah ramai berebut nak jadi menteri, ini gaji sebenar menteri di Malaysia

Sebagai Perdana Menteri pertama Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim memecah rekod PM tidak menerima gaji juga akan dilaksanakan kepada barisan Jemaah Menteri di bawah Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang turut bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Solidariti bagi pemotongan gaji itu dibuat bagi menzahirkan semangat keprihatinan terhadap penat jerih yang sedang dihadapi rakyat.

Malah kata PM pemotongan gaji ini sehingga ekonomi pulih. Kalau ekonomi pulih tiga tahun bermakna permotongan berlaku tiga tahun.

Jom kita tengok sebenarnya berapa gaji bagi jawatan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri di Malaysia.

Gaji Perdana Menteri Malaysia & Menteri Kabinet 2022

Menurut portal MYPT3, sumber terbuka menyatakan tangga gaji dan pendapatan Perdana Menteri adalah sekitar RM22 ribu sebulan dan Menteri Kabinet pula menerima sekitar RM18 ribu sebulan.

Berdasarkan Perkara 6 dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 (Akta 237) pula menyatakan:

(A) bagi Perdana Menteri, gaji bulanan sebanyak dua puluh dua ribu lapan ratus dua puluh enam ringgit dan enam puluh lima sen (RM22,826,65);

(B) bagi Timbalan Perdana Menteri, gaji bulanan sebanyak lapan belas ribu satu ratus enam puluh lapan ringgit dan lima belas sen (RM18,168.15);

(C) bagi Menteri, gaji bulanan sebanyak empat belas ribu sembilan ratus tujuh ringgit dan dua puluh sen (RM14,907.20);

(D) bagi Timbalan Menteri, gaji bulanan sebanyak sepuluh ribu lapan ratus empat puluh tujuh ringgit dan enam puluh lima sen (RM10,847.65).

**Jadi anda buatlah kira-kira sendiri berapa potongan gaji yang bakal dialami oleh PM & Menteri Kabinet…tetapi jangan lupa mereka masih mempunyai senarai faedah serta elaun kemudahan istimewa lain sebagai seorang pentadbir Kerajaan ya!

Senarai Faedah & Kemudahan Istimewa

  1. Peluang untuk bercuti ke luar negara sekali setahun. Di mana jikalau bercuti segala kos tiket penerbangan, hotel, termasuk duit saku sejumlah RM50 ribu akan diberikan. Jikalau tidak keluar bercuti ke luar negara pada tahun tersebut, duit saku tersebut dituntut.
  2. Sama sekali tidak perlu bayar bil tnb, bil telefon, bil air.
  3. Jikalau mereka mahu beli peralatan dan perkakas rumah, perhiasan rumah, termasuk melakukan ubahsuai rumah, kerajaan akan tanggung selagi mana tidak lebih RM40 ribu setiap tahun.
  4. Minyak percuma.
  5. Kereta percuma bagi model kereta mewah Mercedes S320
  6. Dapat seorang pemandu rasmi untuk kereta yang diberikan.
  7. Untuk tujuan derma diberikan kepada badan kebajikan, amal, atau kematian, anda akan diberikan peruntukkan
  8. Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, semuanya ditanggung oleh kerajaan
  9. Elaun Keraian sebanyak RM10,500
  10. Elaun Perumahan sebanyak RM10,800 yang diberikan jikalau sudah ada rumah sendiri
  11. Elaun parking kereta sebanyak RM5,700

**Dan ingat juga Perdana Menteri & Menteri Kabinet juga pada asalnya merupakan Ahli Parlimen yang mewakili kawasan masing-masing ataupun menjawat jawatan Senator di Dewan Negara yang turut mempunyai elaun tersendiri.

Senarai Elaun Khas Sebagai Ahli Parlimen Kerajaan & Senator Dewan Negara

Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 (Akta 237) Perkara 3 menjelaskan tentang saraan bagi Ahli Parlimen seperti berikut:

(1) Saraan bagi Ahli Parlimen hendaklah berupa –

(a) bagi ahli Dewan Negara, elaun bulanan sebanyak sebelas ribu ringgit (RM11 ribu);
(b) bagi ahli Dewan Rakyat, elaun bulanan sebanyak enam belas ribu ringgit (RM16 ribu).

(2) Jika seseorang Ahli Parlimen dilantik sebagai Ketua Pembangkang, dia adalah berhak, selain elaun bulanan yang dinyatakan dalam perenggan 1(b), mendapat elaun bulanan sebanyak tiga ribu lapan ratus empat puluh enam ringgit dan lima puluh sembilan (RM3,846.59)

** Maka Ahli Parlimen pembangkang tidak perlulah bekerja sebagai barista atau tukang jaga kaunter dalam sektor F&B, elaun yang diterima sudah cukup tinggi hanya untuk membangkang sahaja bagi semak dan imbang.

Elaun Jawatan Lain?

Apa yang boleh disimpulkan selepas mengetahui maklumat gaj-gaji ini — tindakan Perdana Menteri untuk tidak menerima gaji sememangnya boleh dipuji. Namun rasanya dapat macam-macam faedah dan kemudahan istimewa serta elaun jadi Ahli Parlimen pun dah mampu tanggung kehidupan mereka sehari-hari.

Itu belum lagi jika kita tahu kadar elaun lain di atas jawatan-jawatan rasmi di peringkat parti masing-masing dan belum lagi mengambil kira jawatan tidak rasmi sebagai Penasihat atau Pengerusi atau bermacam lagi jawatan lain yang disandang dalam organisasi atau pertubuhan bukan kerajaan.

Bagaimanapun usaha murni kesemua ahli politik ini tetap kami hargai sebagai rakyat, yang dah lama tidak pernah menerima kenaikan gaji selama bertahun-tahun lamanya…

Baca juga: “Cakap saja bagi cuti tanpa gaji saya boleh terima. Gara-gara komitmen kerja, saya balik wife sudah tak bernyawa, lebih sedih lagi bayi masih kecil”