Populasi kaum negara ini sudah berubah ada yang memilih pasangan kahwin campur di Malaysia, jadi pada kebelakangan ini tidak hairanlah lelaki Melayu lebih suka kepada wanita kaum Cina.
Mungkin disebabkan negara ini adalah satu negara yang berbilang kaum yang hidup dengan harmoni.
Dapat dilihat, sekarang sudah menjadi trend yang meningkat di mana lelaki Melayu berpasangan dengan gadis Cina atau bermata sepet.
Memetik laman ChamAis.my, ada beberapa pasangan-pasangan kenapa lelaki Melayu minat pada gadis Cina, Korea atau Jepun.
- Kulit Yang Putih
Gadis-gadis Cina majoritinya mempunyai kulit yang putih menawan dan lembut ala artis-artis Korea. Sudah menjadi trend terbaru ramai lelaki yang meminati gadis berkulit putih termasuklah jejaka Melayu.
- Badan Yang Ramping
Badan gadis-gadis Cina kebanyakkannya ramping dengan pinggang yang kecil. Badan mereka kebannyakkannya berbentuk ‘hour glass’ atau jam pasir yang memang kegilaan lelaki pada masa ini. Badan berbentuk ini memang digemari lelaki Melayu lebih-lebih lagi semasa memegang si gadis di pinggangnya.
- Pandai Bergaya
Fesyen mereka banyak dipengaruhi oleh cara fesyen Korea dan juga barat. Memang biasa kalau kita lihat mereka memakai baju dengan skirt pendek atau pun perpakaian kasual dengan hot pants yang pasti membuat mana-mana lelaki termasuk lelaki Melayu terbeliak gembira.
- Rambut Yang Lurus Dan Halus
Kaum dari sebelah Timur Asia memang mempunyai rambut yang lurus dan halus. Apabila didandan dengan betul memang akan nampak menawan. Disebabkan itu lelaki Melayu suka gadis-gadis Cina kerana rambutnya yang pelbagai gaya melengkapkan pakej penampilannya
- Boleh Bertutur 3 Bahasa
Ini memang tidak boleh dinafikan. Gadis-gadis Cina di Negara kita memang boleh bertutur dalam tiga bahasa. Sama ada bertutur dalam Bahasa Melayu, Inggeris ataupun Mandarin kita tidak boleh memandang rendah kebolehan mereka. Disebabkan itu, lelaki Melayu tidak perlu risau jika ke kedai motor towkey Cina kerana girlfriend atau isteri Cina anda boleh berunding untuk harga lebih murah.
Tambah pula bila dah ada anak, isteri Cina boleh mengajar berbahasa Cina untuk membesarkan lagi skop karier masa depan anak kecil itu!
- Pandai Matematik
Anda ada perasan masa sekolah dulu apabila keputusan peperiksaan subjek matematik keluar pasti yang di atas kebanyakannya adalah kaum Cina. Memang betul kaum Cina pandai matematik kerana bahasanya yang memudahkan pembelajaran subjek itu.
Tapi sebagai seorang lelaki, memang biasa kita ini lambat sikit bila mengira jadi sebab itu banyak lelaki Melayu meminati gadis Cina kerana nanti senang nak buat apa-apa pengiraan!
- Bijak Mengurus Kewangan
Bila kita sebut pasal duit, mesti nombor satu dalam kepala adalah perempuan! Bukan nak mengata perempuan muka duitan tetapi bab-bab kewangan ini memang biasa kita lihat para wanita yang menguruskannya kerana mereka semestinya lebih arif menyimpan dan lelaki-lebih arif berboros.
Tetapi gadis-gadis Cina mempunyai kelebihan disebabkan kebanyakkan keluarga Cina banyak menceburi bidang bisnes jadi pengetahuan tentang pengurusan wang selalu di turunkan dari generasi ke generasi sehingga ia menjadi sebuah kebolehan yang semula jadi.
Baca juga: Ciuman menteri sukan kepada Presiden Perancis di Olimpik jadi tajuk hangat media antarabangsa