Siapa sangka pada zaman yang moden ini masih ada lagi yang mengamalkan sihir untuk mendapatkan sesuatu atau untuk dituju kepada seseorang. Sihir adalah salah satu dosa besar dan tidak akan diampunkan dosa mereka yang mengamalkan sihir.
Kisah kali ini dikongsi oleh seorang wanita tentang pengalamannya yang berdepan sendiri dengan sihir. Sama-sama kita jadikan iktibar melalui kisah ini.
Kisah yang aku nak kongsi kali ni ialah tentang kawan sebilik aku masa belajar di universiti dulu. Namanya Mimi. Orangnya kecil molek, ceria dan sangat friendly. aku kenal dengan dia sejak semester 1.
Kami duduk satu bilik sehingga ke semester 4. Sejak aku kenal dia, dia memang tak ada boyfriend. Kejadian berlaku ketika kami berada di semester 3. Walaupun berlainan course, kami banyak luang masa bersama especially hari minggu.
Kami ni sama-sama orang pantai timur tapi berlainan negeri. Hari minggu biasanya kami keluar jalan-jalan atau lepak je dalam bilik. Satu hari, kelas aku habis lebih awal. Mimi balik ke bilik waktu petang. aku nampak dia lain macam je.
Aku suruh dia cerita. Dia cuma cakap dia balik dengan senior. Tu je. aku tak tanya la lebih-lebih sebab aku assume dia takkan balik dengan orang lelaki. Beberapa hari lepas tu, dia selalu balik lambat. Bila aku tanya, dia cakap ada kerja banyak, group work pulak tu, aku ok je la.
Bila hari minggu, biasanya aku akan breakfast sama-sama, tapi kali ni dia cakap dia dah janji breakfast dengan senior dia. Aku dah mula rasa pelik dan aku dapat teka yang senior dia tu lelaki. Cuma aku malas nak tanya banyak-banyak.
Mimi ni jenis sensitif sikit. Lepas breakfast dekat dewan makan, aku malas nak naik ke bilik lalu aku turun ke dataran untuk ambil angin. Aku terpandang la sepasang couple yang duduk dekat gazebo tak jauh dari tempat aku duduk. aku kenal perempuan tu; Mimi.
Dia membelakangi aku masa tu. Dia sedang lepak dengan seorang lelaki. Diorang gelak-gelak dan aku pelik dengan kedudukan diorang, yang lelaki atas bangku, Mimi duduk bawah sambil memeIuk kaki lelaki tu. Masa tu aku dah rasa tak sedap hati sebab aku nampak ada benda lain duduk bersama mereka.
Aku cepat-cepat balik ke bilik. Mimi balik hampir pukuI 11 pagi. Dia nampak sangat gembira dan mula menceritakan kepada aku pasal senior dia tu. Nama dia, Abang Imal. Mimi ni memang dah jatuh cinta dengan Abang Imal ni.
Aku tak tahu macam mana dia jatuh cinta dan aku rasa berat hati nak bagitau apa yang aku nampak dekat gazebo. Setiap hari, Mimi memang akan keluar makan malam dengan Abang Imal. Dia dah mula kurang mengaji. Solat pun tak jaga.
Aku ada cuba nasihat dekat dia tapi dia tetap degil and tak nak dengar. Hubungan kami semakin renggang. Dia dah kurang bercakap dengan aku. Satu hari minggu, aku tidur sorang dalam bilik sebab Mimi cakap dia tidur dekat rumah kawan dia untuk study.
Exam pun masa tu dah around the corner dan minggu tu minggu belajar. Lepas solat Subuh, aku terbau sesuatu yang sangat busuk. Aku mula-mula ingat bau bangkai binatang dekat luar bilik sebab bilik kami aras paling bawah.
Lama-kelamaan, bau tu makin kuat. Hanya Allah je la yang tau betapa busuknya bau tu. Aku dah rasa loya dah masa tu. Tapi aku cuba untuk cari bau tu datang dari mana. Hati aku tergerak untuk buka loker Mimi. Mimi ni jenis yang tak kunci loker kecuali cuti mid sem.
Bila aku buka loker Mimi, aku terkejut melihat air yang pekat hitam, dengan bau busuknya dalam botol mineral. Aku teringat yang dia pernah bawa balik dua botol air mineral selepas balik dari makan malam dengan Abang Imal.
Zaman tu dah ada handphone tapi yang 3310 la. Kamera tak ada, apatah lagi WhatsApp. Kebetulan aku ada kamera digital dan terus mengambil gambar. Aku tutup loker Mimi dan hubungi Abang Long aku. Nasib aku baik sebab Abang Long aku ada dekat rumah pakcik (dia cakap dia nak buat surprise la kononnya tapi aku yang surprise kan dia dulu…haha).
Aku bagitau pasal Mimi dan air hitam tu. Abang Long aku terus cakap nak jumpa. Dia datang ambil aku dekat asrama dan bawa ke rumah pakcik. Aku cerita dekat Abang Long dan pakcik pasal Mimi dan tunjuk gambar dalam kamera aku.
Mereka sangat terkejut bila tengok air hitam tu. Untuk pengetahuan korang, Abang Long dan pakcik aku ni memang boleh rasa dan nampak (Abang Long boleh nampak lebih jelas dari pakcik). Abang Long cakap, benda ni sihir pengasih.
Aku dah syak, Abang Imal kesayangan Mimi yang hantar sihir tu. Bila Mimi balik je ke bilik, aku memang berdepan dengan dia. Aku kena jugak bagitau dia pasal ni sebelum melarat. “Mimi, aku tau aku tak ada hak nak halang kau jumpa Abang Imal tu. Tapi, aku nak pesan yang dia tu dah buat sesuatu dekat kau,” aku memulakan sesi luahan.
Masa tu memang aku dah fully ready untuk menghadap apa saja yang Mimi akan response. Mungkin dia akan marah, mungkin dia akan bela Abang Imal dia. Mimi diam seketika. “Ye…aku tau. Aku dapat rasa yang sesuatu yang pelik berlaku pada aku. Tapi bila jumpa Abang Imal, aku rasa macam aku di control oleh sesuatu.
Aku terus suka pada dia dan ikut je kalau dia ajak pergi mana-mana. Aku perasan yang aku asyik teringat dekat dia je. Aku pernah mimpi Abang Imal buat benda tak baik pada aku,” kata Mimi dengan rasa penuh bersalah.
“Mimi, aku dah lama perasan. Aku memang nampak kau dengan Abang Imal tu. Banyak kali dan selalunya mesti dekat kedai makan. Kau pun dah tak macam dulu. Mengaji pun dah jarang. Ni aku nak tunjuk sesuatu. Sebelum tu, aku minta maaf sebab terpaksa buka loker kau,” aku tunjuk la gambar yang aku ambil dalam kamera digital.
Mimi memang terkejut masa tu. “Ya Allah! Apa benda ni?”
“Yang ni air yang kau bawa balik lepas keluar makan dengan Abang Imal. Masa kau tidur rumah kawan, aku terbau benda ni. Busuk ya amat! Aku ambil gambar nak tunjuk dekat kau,” kata aku. “Aku rasa, kita kena buang air ni dan kau kena pergi berubat. Mana la tau dia dah letak something dalam makanan kau ke.”
“Betul jugak,” kata Mimi lalu memeIuk aku.
“Terima kasih bagitau benda ni dekat aku. Aku nak balik kampung esok. Mak dan Abah aku dah tau. Dia nak bawa aku berubat.”
“Baguslah kalau macam tu. Lebih baik berubat sebelum exam. Jom, kita buang air ni.” Mimi terus mengambil botol mineral tersebut dan kami buang dalam sink. Masa ni Mimi hanya nampak sebagai air mineral biasa. Aku masa tu dah ready tutup hidung sebab baunya busuk. Mimi memang tak bau la sebab air tu dituju pada dia.
Esoknya, Mimi balik ke kampung. Mujurlah dia dah beli tiket, nasiblah tiket tak mahal. Aku berseorangan lagi untuk beberapa hari. Malam tu, aku pagar bilik sebab aku dapat rasa ada sesuatu akan ‘melawat’ aku nanti. Aku baca Quran dan azan setiap penjuru.
Aku ke tandas untuk buang hajat dan gosok gigi sebelum tidur. Masa aku nak balik ke bilik, ada seorang lelaki berbaju pahIawan melayu sedang berdiri di tepi dinding sebeIah pintu bilik aku. Dia senyum bila aku dah hampir ke pintu bilik. Handsome jugak mamat ni! Dengan baju pahIawannya, dengan pedang tersisip di belakangnya.
“Assalamualaikum,” sapanya. “Waalaikumussalam,” jawab aku. Nasib baik masa ni tak ada orang lalu. Kalau tak, mesti orang lain ingat aku ni giIa cakap sorang-sorang. “Ada apa awak datang sini?”
“Ingin memberi pertolongan,” jawabnya pendek. Aku masuk ke bilik dan dia mengekori dari belakang. Aku tepuk-tepuk katil sebelum duduk. Lagipun kejap lagi aku dah nak tidur. “Kamu jangan risau. Aku akan temankan kamu malam ni. Ia akan datang sebab ia marah,” katanya. Aku memang paham apa yang dia maksudkan. Benda yang kami buang dalam sinki semalam.
“Siapa nama awak? Boleh aku tau?” tanya aku. “Namaku Sani (bukan nama sebenar sebab tuan empunya badan tak izinkan). Aku dah lama memerhatikan kamu semenjak kali pertama kita berjumpa. Aku tak berniat untuk mengekori kamu tapi aku ingin memastikan kamu selamat. Itu saja,” jawabnya.
Tiba-tiba, angin sejuk menyapa. Sani bersedia mengeluarkan pedangnya dari sarung. “Dia dah muncul. Kamu baca Ayatul Kursi dan ayat-ayat pendinding yang kamu tau. Dan jangan bergerak dari katil kamu sehinggalah aku selesaikan ia.”
Lembaga hitam dan tinggi muncul di tengah-tengah bilik. Pertarungan antara Sani dan makhluk tu bermula. Kalau korang pernah tengok movie Iawan-Iawan dalam panggung, lebih kurang sama la dengan apa yang aku alami cuma yang ni memang real.
Aku tak putus membaca ayat-ayat pendinding yang aku tau. Sesekali Sani terasak ke belakang dan aku dapat lihat kecederaan yang dia alami. Tapi, dia tak mudah menyerah. Makhluk tadi cuba menerkam aku tapi berjaya di halang oleh Sani.
“Lebih baik kau kembali pada tuan kau!” tiba-tiba aku dapat kekuatan untuk marah makhluk tu. Makhluk tu menjerit marah. “Aku tau siapa tuan kau! Aku akan hantar kau balik! Tak pun aku akan pancung kau!” Sekarang ni aku pula yang rasa marah. Mungkin aku nak marah sebab Sani dah cedera agak teruk.
Makhluk tu tenung aku tajam dengan matanya yang merah. Dia ingat aku takut ke? Masa tu memang aku nak marah sangat-sangat. Dan aku agak marah dengan perbuatan Abang Imal yang menyihir Mimi. Tiba-tiba, makhluk tu menjerit tapi kali ni ia menjerit kesakitan. Ia menggelupur di atas lantai dan perlahan-lahan ia hilang.
Aku rasa rawatan Mimi dah pun selesai. Kalau tak, tak mungkin makhluk ni boleh tewas dan hilang. “Sani! Awak tak apa-apa?” aku menerpa ke arah Sani yang menahan sakit. Sani hanya menggeleng dan kemudian dan mengerang kesakitan. Aku tak tau nak buat apa.
“Assalamualaikum,” tiba-tiba ada 2 lelaki muncul dan mereka berpakaian lebih kurang sama dengan Sani. “Waalaikumussalam,” jawabku. Masa tu rasa berdebar kot-kot mereka ni nak buat apa-apa dekat Sani.
“Kami datang untuk membawa saudara kami,” kata salah seorang. “Dia perlu dirawat dengan segera.”
Mereka berdua memapah Sani lalu hilang. 2 hari sebelum exam, Mimi pun balik semula. Alhamdulillah dia nampak ceria dan dia cerita masa dia ada sesi rawatan dengan ustaz yang juga kawan baik ayah dia. Memang benda ni berpunca dari Abang Imal.
Mimi dah delete nombor dia. Abang Imal pernah mesej dia yang dia marah pada Mimi. Mungkin dia tau yang Mimi dah tau rahsia dia. Mimi bagitau yang Abang Imal tak ambil exam (dia dapat tau dari gosip kawan-kawan Abang Imal) dan dia cuti sebab sakit.
Ha, padan la dengan muka dia. Siapa suruh main dengan sihir? Kan dah kena batang hidung sendiri. Setakat ni saja cerita daripada aku. Insya Allah aku akan cerita lagi pengalaman aku yang lain.
Baca juga: “Ayah pergi outstation, ibu pulak ajak Ustad Fazli masuk bilik konon nak pagar rumah”