Patutlah selama ni bawang cepat busuk, rupanya ini cara simpan bawang supaya tahan lebih lama

Ini tips simpan bawang tahan lama, confirm tak cepat busuk. Sebelum masuk fasa PKP penuh baru-baru ini ramai yang beli stok barang makanan dalam kuantiti yang banyak supaya tak kerap keluar rumah. Salah satunya adalah bawang.

Tapi bawang yang dibeli dalam kuantiti banyak ini perlu disimpan dengan cara yang betul supaya ia tidak cepat busuk. Dah tentu rugi tambah pula sekarang harganya pun dah mahal.

Supaya stok bawang yang kita beli tahan berminggu-minggu, tak cepat busuk ini cara betul untuk simpan bawang baik bawang segar, bawang yang dikupas atau yang dikisar.

Bawang Segar

  • Jangan simpan dalam peti sejuk.
  • Cara simpan bawang yang betul adalah dengan meletakkannya di tempat yang terbuka dan kering.
  • Boleh letak di dalam raga berlubang yang ada pengaliran udara.
  • Jangan letak bawang di tempat tertutup, gelap, serta lembap.
  • Elak simpan bawang merah bercampur bersama dengan sayur lain, kerana boleh buat bawang cepat busuk.

Bawang Dikupas

  • Cara simpan bawang merah atau bawang putih yang telah dikupas perlu lebih cermat kerana ia lebih mudah rosak.
  • Jangan basuh lepas dikupas kerana kelembapan boleh menyebabkan bawang lembik dan cepat rosak.
  • Simpan dalam peti sejuk tapi pastikan bawang dikupas dalam bekas yang kedap udara agar tidak dicemari oleh bahan makanan lain dalam peti sejuk.

Bawang Kisar

  • Sama seperti menyimpan bawang dikupas ia perlu disimpan dalam peti sejuk.
  • Boleh letakkan sedikit garam supaya tidak berkulat.
  • Boleh juga disimpan daalam freezer untuk tahan lebih lama.

Baca juga: “Semua kerja rumah kena ikut cara mak mertua, sampaikan dia masuk bilik kami semata-mata nak ‘check’ cara aku lipat baju…”