Payung di Masjid Nabawi sangat cantik ia dibuat oleh syarikat Jepun. Ini sebab kenapa Jepun dipilih?

Payung di Masjid Nabawi sangat cantik ia dibuat oleh salah sebuah syarikat Jepun, iaitu Taiyo Kogyo. Dalam hal ini kenapa Jepun dipilih? Seribu pertanyaan.

Payung ini bukan sahaja cantik malah ia futuristik, dan mendamaikam seperti scene di Star Wars masa payung gergasi ditutup.

Seorang pengguan Facebook yang menulis tentang Jepun iaitu Zunita Ramli mempunyai cerita menarik untuk dikongsi dengan pembaca.

Saya dah pernah tulis pasal payung ni sebenarnya, jadi saya ringkaskan pada yang tak baca lagi.

Mungkin ramai tak tahu payung gergasi yang sangat cantik ni dibuat oleh salah sebuah syarikat Jepun, iaitu Taiyo Kogyo.

Projek ni bukan libatkan Jepun je, tapi sebenarnya kerjasama dari beberapa syarikat terbaik teknologi pembuatan payung dari Jerman dan Jepun.

Kenapa syarikat Jepun dipilih?

Taiyo Kogyo adalah syarikat yang sangat berpengalaman dalam pembuatan membran. Ditubuhkan pada tahun 1922, kepakaran yang mereka ada memang tak dapat dipersoalkan lagi lah, hampir 100 tahun tu.

Taiyo Kogyo ni juga adalah syarikat yang pertama bina arena membran pertama di dunia dan merupakan yang pertama di dunia yang buat membran bawah laut.

Mempunyai saiz lebih kurang 25.5m setiap sisi, 250 buah payung gergasi di Madinah Haram Piazza ni meliputi keluasan lebih kurang 143,000 meter persegi.

Ini bermakna, keluasan payung ni melebihi keluasan lantai masjid ni sendiri.

Struktur membran ‘suspension’ guna 100% fabrik PTFE, bermakna ianya ringan tetapi kuat.

Bayangkan 1 meter persegi, beratnya hanya sekitar 900g & ketebalan hanya 0.6mm! Jadi tak hairanlah kalau payung ni memerlukan 3 minit je untuk buka dan tutup setiap hari.

Menariknya, corak kompleks yang menghiasi payung serta bahagian hiasan yang ada pada payung ni juga menggunakan penyaduran emas tulen!

Cantikkan

#CatatanZunitaDiJepun

p/s: Special thanks to Kaiji Wada for the info about this post.

Baca juga: “Kecil sangat tu, nak solat pun sempit agaknya”- Influencer dikecam selepas buat ‘room tour’ bilik bibik