Payung Rahmah-‘Sampai mati saya akan buat Menu Rahmah ni..’ taukeh Mydin Datuk Ameer teruskan legasi Salahuddin

Biarpun pencetus ideanya sudah tiada, Mydin akan cuba untuk meneruskan legasi beliau dan akan terus menjual Menu Rahmah kepada rakyat Malaysia.

Kata-kata itu turut dikongsi bersama dengan pengikut di Facebook Mydin Nalaysia yang mana rata-rata pengikutnya amat terkesan dengan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Salahuddin memulakan inisiatif Payung Rahmah di Parlimen bagi membantu rakyat yang tidak berkemampuan dengan set makanan yang berharga RM5 serta jualan barangan murah.

Antara individu yang terkesan dengan pemergian beliau ialah Datuk Wira Haji Dr. Ameer Ali Mydin yang merupakan pengarah operasi rangkaian pusat pemborong serta peruncit halal yang terbesar di Malaysia, Mydin.

Beliau merupakan antara individu awal yang mengaplikasikan menu Rahmah di kebanyakan Mydin seluruh Malaysia.

“Sampai mati saya akan buat Menu Rahmah ni..” itulah kata-kata Ameer Ali Mydin ringkah dan padat.

Dalam sebuah temu ramah dengan Astro Awani, Datuk Ameer menceritakan keprihatinan Allahyarham yang sentiasa ingin membantu rakyat, beliau turut menyifatkan Allahyarham ibarat seorang sahabat buatnya.

“Walaupun dia menteri, dia macam seorang kawan. Kalau kita telefon tanya apa-apa dia mesti akan jawab, tak kisah pada bila-bila masa.

Kalau industri ada masalah, dia mesti akan telefon balik tanya dan ajak berjumpa. Saya berharap selepas ini ada lagi menteri atau perdana menteri yang ada leadership skill macam ni, leadership skill from the heart,” katanya.

Dengan nada sebak, Datuk Ameer menceritakan personaliti Allahyarham ini amat disenangi dan beliau tidak memaksa dalam membuat apa-apa keputusan sebaliknya beliau hanya mencadangkan dan peniaga-peniaga akan bersetuju dengannya.

Datuk Ameer di hujung temu ramah secara dalam talian itu berkata beliau akan sentiasa meneruskan inisiatif Payung Rahmah ini sehingga ke akhir hayatnya.

Mydin kembali dengan Inisiatif Payung Rahmah bernafas baru

Dalam 3 hari lepas Datuk Ameer turut berkongsi lawatan Salahuddin ke Mydin dan merasmikan Kempen “Kasih Sayang Ibu dan Si Manja”, Mydin menyediakan penjimatan sehingga RM600,000.00 bagi barangan keperluan bayi seperti susu formula, lampin pakai buang, dan barangan lain.

Mydin juga menawarkan promosi-promosi lain seperti:

i)Pemberian pek ekonomi percuma bagi setiap pembelian susu formula terpilih.
ii)Jualan RAHMAH di semua cawangan Pasar Raya Besar MYDIN di Semenanjung Malaysia dengan penjimatan sehingga 50%.
iii)Tawaran Pakej RAHMAH Set Infant RM95 dan Pakej RAHMAH Set Toddler RM150.
iv) Diskaun sehingga RM15 untuk pembelian seterusnya menerusi imbasan kod QR.

“Saya harap inisiatif baharu MYDIN ini akan membantu mengurangkan bebanan ibu bapa bagi menampung kos keperluan barangan bayi dan anak-anak kecil,” kaya Salahuddin.

Dalam pada itu di Facebook Mydin Malaysia menyenaraikan beberapa makanan Rahmah antaranya;

Set sarapan pagi = RM2.50
Set makanan tengah hari dan malam = RM4.90

Menu Rahmah ada di kesemua 28 cawangan Pasar Raya Besar MYDIN.

*Menu mungkin berbeza di cawangan Sabah & Sarawak.

Al Fatihah

#MenuRahmah #MalaysiaMADANI

Baca juga: “PU Azman minta saya lumur minyak dekat…” – Mangsa