PBT ada kuasa untuk tutup kilang,bukan kerajaan pusat sahaja – Zuraida

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara mempunyai kuasa untuk menutup mana-mana kilang yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kuasa itu selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang sedia ada.

Beliau menafikan dakwaan kononnya PBT tidak mempunyai kuasa mengarahkan penutupan kilang yang mendatangkan risiko kepada kesihatan awam.

Baca Artikel Penuh