Pecah rekod dunia, lelaki ini berjaya tanam bawang seberat 8.9kg

Bawang paling banyak digunakan sebagai bahan masakan kerana bahagian berbeza-beza tumbuhan ini menghasilkan pelbagai rasa dan tekstur sama ada dimasak atau mentah.

Bawang biasanya digunakan untuk menambah rasa, menaikkan aroma masakan, atau sebagai hiasan hidangan.

Bawang putih sering dijerukkan untuk dijadikan kudapan. Kucai pula hanya daunnya yang dituai manakala bawangnya dibiarkan di dalam tanah untuk menumbuhkan daunnya semula.

Bawang besar sering digunakan sebagai rempah tetapi juga boleh dipotong cincin lalu digoreng tepung untuk dijadikan kudapan.

 Seorang petani di United Kingdom (UK) berjaya menanam bawang gergasi seberat 8.97 kilogram (kg) yang dijangka bakal memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi kategori sayuran itu.

Bawang itu dipamerkan di Pameran Bunga Musim Gugur Harrogate yang diadakan di Yorkshire Utara dari 15 hingga 17 September lalu.

Foto yang dikongsi di Instagram menunjukkan petani dari Guernsey, Gareth Griffin memegang bawang holland tersebut yang kelihatan lebih besar daripada kepalanya.

Bawang milik Griffin itu telah berjaya mengatasi rekod dunia pada sebelum ini yang mencatatkan berat sebanyak 8.4kg.

Griffin, 65, berkata bahawa dia telah menanam sayur itu dalam polytunnel di rumahnya yang terletak di La Villiaze dengan lampu tambahan dan sistem air automatik.

Penganjur pertunjukan tersebut berkata bahawa bawang milik Griffin itu adalah yang terbesar di dunia tertakluk kepada pengesahan oleh Rekod Dunia Guinness.

Dalam pada itu, Griffin memberitahu BBC bahawa dia telah meminati dalam penanaman itu kerana bapanya juga merupakan petani bawang gergasi.

Griffin memberitahu BBC, dia mengembangkan minat menanam sayuran gergasi selepas melihat kejayaan bapanya dan mengakui kerap menyertai kejohanan dunia sejak 12 tahun lalu.

“Saya hampir memegang rekod pada 2014 tetapi kekurangan beberapa gram. Saya mencuba sejak itu dan tahun ini ia berjalan lancar. Saya rasa ia agak besar sedikit daripada bola sepak dan lebih kepada bentuk bola ragbi,” katanya.

Semasa membawa bawang itu ke pertunjukan, dia terpaksa mengangkutnya dengan menaiki feri dari rumahnya.

“Ia diletak dalam kotak yang empuk dan saya tidak melepaskannya daripada pandangan saya,” kata Griffin.

Tambahnya, bawang gergasi itu boleh dimakan dan rasanya juga sangat ringan serta ia juga berpotensi untuk menjadi benih yang sangat baik.

Baca juga: “Kulit ayam kfc yang aku tinggalkan kat tepi tu selamba dek je dia kebas, locker orang dia main bukak curi barang makan sampai orang panggil dia ‘toyol’..”