Pecah tembelang rupanya Singapura banyak guna diesel bersubsidi, betul dah keputusan kerajaan buat subsidi bersasar

Pecah tembelang rupanya Singapura selama ini banyak ‘merompak’ diesel bersubsidi negara ini.

Buktinya, agensi pelancongan dan operator bas di Singapura dilapor akan menaikkan harga masing-masing selepas Malaysia melaksanakan subsidi diesel bersasar.

Hal ini sekaligus menjadikan keputusan kerajaan untuk menyemak semula pelaksanaan subsidi pukal adalah langkah tepat yang sepatutnya sejak dulu dilakukan.

Kerajaan diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebenarnya menyelamatkan duit negara daripada berterusan mengalir ke negara kaya.

Pengguna @RaymondRahman berpendapat patutlah Singapura makin kaya, makan duit kita rupanya.

“Bayangkan lori bas luar negara yang masuk dari Singapura, Thailand masuk pusing Semenanjung, enjoy diesel murah. Untung betul mereka.

“Sudahlah duit Singapura tiga kali ganda. Padahal kita bagi diesel subsidi itu untuk lori, bas dan van orang Malaysia,” katanya.

Oleh sebab itu, bagi pembangkang yang sengaja mempolitikkan isu subsidi bersasar, perlu hadam realiti terlalu banyak kebocoran subsidi pukal yang telah berlaku selama ini.

Tanpa pelaksanaan subsidi bersasar, Kerajaan Persekutuan akan berterusan terpaksa menanggung kos subsidi diesel sebanyak RM1 bilion sebulan dengan anggaran kebocoran mencecah RM4.5 juta sehari.

BACA JUGA Rupanya ini sebab tak rasa istimewa jadi rakyat Malaysia semasa tiba di kaunter imigresen KLIA