Pedas betul komen Awie, ‘benda boleh tolak, tapi Zul Ariffin pilih sedap’

“Benda boleh tolak, tapi dia (Zul Ariffin) memilih sedap. Dia terimalah benda itu (kecaman)”. Pedas betul komen yang dilemparkan penyanyi, Datuk Awie.

Demikian respon pelakon dan penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Awie apabila ditanya mengenai video babak panas yang sedang tular di media sosial ketika ini.

Menurut bintang Sembilu itu, Zul Ariffin sebenarnya boleh memilih sama ada menolak atau menerima sahaja tuntutan skrip berhubung adegan aksi ranjang yang sama sekali tidak sesuai dari sudut islamik.

“Pada saya dia mencontengkan arang ke muka industri yang berkonsepkan islamik,” katanya lagi.

Awie menambah, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak namun dia berpendapat babak itu boleh dielak.

“Dari sudut seorang pelakon dan pengarah yang berkaliber, mereka boleh masukkan unsur-unsur Islamik dalam lakonan atau tidak.

“Kalau tidak, maka dia nak ‘go’ (jadi) profesional dan ‘go’ profesional ini hukumnya tiada. Dia akan ‘all out’ (tiada batas), tapi kalau dari sudut Islamik, maka ada hukum tertentu yang mereka perlu ikuti.

“Pandangan saya, dari sudut Islam tentulah tak elok, kita nampak sebagai satu (adegan) ranjang, tapi dari sudut lakonan yang mereka tak memikirkan soal itu, itu terpulang pada mereka,” katanya lagi.

Baca juga: https://themalaysialife.com/air-kosong-boleh-turunkan-berat-badan-ini-caranya/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/wanita-cantik-terpaksa-masuk-hospital-gara-gara-tahan-kentut-depan-teman-lelaki/