Pegawai Kanan SPRM dihadap ke mahkamah, tidak mengaku seleweng RM29 Juta

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini, atas tuduhan penyelewengan wang USD6.94 juta (kira-kira RM29 juta) yang dirampas agensi berkenaan.

Seperti yang dipetik FMT, Shahrum Nizam Baharuddin, 40, didakwa dengan satu tuduhan pecah amanah jenayah (CBT) bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 17 Dis 2018 dan 9 April 2019 di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Jika didapati bersalah, Shahrum berdepan hukuman penjara antara dua dan 20 tahun, serta sebatan dan denda.

SPRM sebelum ini mengesahkan tiga pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan berkait dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam urusan kes seorang bekas ketua jabatan.

COMMENTS