Pegawai penjara kongsi momen akhir banduan tali gantung, tapi lain pulak yang netizen komen

Tular di media sosial Tiktok berkenaan seorang pegawai penjara yang berkongsikan pengetahuan tentang banduan sel akhir atau pun banduan yang akan ke tali gantung.

Pegawai itu yang memakai baju hitam memberitahu banduan akan ditutup dengan kain hitam di muka bukan untuk sengaja namun ia bagi mengelakkan banduan merasa takut.

Ia turut mematahkan beberapa dakwaan yang mengatakan banduan sel akhir akan diseret ke tempat pergantungan.

Pegawai tersebut turut memaklumkan penjenayah yang memakai kain hitam itu hanya mempunyai masa 5 minit sebelum digantung sampai mati.

Perkongsian oleh Cikgu Aida itu sebelumnya turut menunjukkan ‘tour’ di Muzium Penjara Melaka yang memperlihatkan banduan di sel akhir.

@aida.c.daud

Replying to @fasihah_ Byk kami berkongsi cerita dgn pegawai ni, Baik sgt org nya, byk yg kami dpt timba ilmu jgk Keadaan pesalah hukuman gantung, masa tu mereka semua terkencing terberak, badan lemah longlai dah #muziumpenjaramelaka #penjara #melakahawau #banduanakhir #melaka

โ™ฌ original sound – Cikgu Aida ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ – Cikgu Aida( Lindungan Bulan)

Namun meninjau ke ruangan komen, ramai mula meninggalkan kata-kata untuk pembunuh Zulfarhan Zulkarnain yang bakal dijatuhi hukuman serupa iaitu hukuman gantung sampai mati.

“Bersiap sedia la 6 budak tu.”

“Harap 6 orang tu dengar tutorial ini.”

Enam tertuduh ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Baca juga: Tular individu dakwa banyak kilang besar China โ€˜gulung tikarโ€™, beri amaran ekonomi Malaysia makin merudum