Pegawai Polis paksa wanita dalam tahanan hisap zakarnya dalam balai polis di Serdang

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Berita dipetik dari FMT

Seorang anggota polis didakwa memaksa tahanan wanita melakukan oral seks terhadapnya, dalam kejadian di balai polis Serdang, awal pagi semalam.

Wanita berusia 36 tahun mendakwa, anggota polis terbabit yang dipercayai bertugas di bahagian jenayah berat daerah, melakukan perbuatan berkenaan ketika mereka berada di sebuah bilik.

Dalam laporan polis dibuat wanita itu, mangsa mendakwa anggota terbabit membawanya ke sebuah bilik selepas memberi keterangan, membuka gari dan mengarahkan dirinya melakukan perbuatan itu.

Wanita itu mendakwa, dia dihantar ke lokap semula selepas insiden berkenaan dan diberi amaran untuk tidak bercakap mengenai perkara berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, berkata tiada kamera dipasang di bilik berkenaan dan kenyataan sedang dirakam ke atas polis bertugas pada hari itu.

Ditanya sama ada polis wanita ada mengiringi pengadu ke bilik berkenaan, beliau berkata, siasatan masih dijalankan.

Katanya, wanita itu dan suaminya adalah suspek dalam kes rompakan dan sedang direman.

sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/12/19/tahanan-wanita-dakwa-dipaksa-lakukan-oral-seks-di-balai-polis/