Pegawai tinggi kerajaan kantoi perlekeh usaha PMX naikkan gaji

Tergamak seorang pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara terbuka ‘menganjing’ susulan pengumuman kenaikan gaji untuk penjawat awam.

Memetik Harapandaily, Penolong Pengarah di KPM, Adlina Awang menasihati golongan pendidik agar tidak terlalu gembira dengan pengumuman Perdana Menteri itu.

“Jangan terlalu gembira cikgu. Bimbang nanti takut ada perubahan di kemudian hari,” katanya melalui laman Facebook Kami Guru Malaysia.

Dia kemudian berkata, kenaikan gaji pada Disember itu dianggap sebagai lambat lagi.

“Macam-macam boleh jadi dengan negara kita ni,” tulisnya lagi.

Adlina juga dalam satu responnya berseloroh “ulam pun boleh” sebagai reaksi terhadap komentar Azri Zakaria yang bertanya, “Saya ulamm ke”.

Semakan Harapandaily juga mendapati, Adlina telah menyekat profil Facebook dan menggantikan gambar wajahnya sebelum ini dengan nasi kerabu selepas tangkap layar memuatkan komentarnya itu tular di media sosial.

Dalam satu komentar balasnya, dia mengaku berasal dari Terengganu.

baca: “Mentua doa suami dapat jodoh lain lepas naik pangkat, aku ni dah macam tunggul”