Peguam ‘lebih kuah dari sudu’ akhirnya pemandu Rolls-Royce tuntut ganti rugi RM170k daripada lori pikap

Seorang peguam ‘lebih kuah dari sudu’ apabia dia yang menghubungi pihak polis dan meminta pemandu wanita yang memandu Rolls-Royce menuntut ganti rugi sebanyka 1.3 juta baht atau RM170k daripada lori pikap.

Pada mulanya wanita terbabit tidak meminta sebarang bayaran ganti rugi ketika kejadian ekoran daripada itu netizen memuji tindakan wanita itu.

Ini kerana kos membaiki kerosakan keretanya dianggarkan mencecah 2 juta baht (RM261,807) namun beliau tidak meminta satu sen pun daripada pemandu lori pikap.

Plot insiden itu bagaimanapun berubah apabila peguam wanita tersebut, Anirut Kongsub menghubungi Polis Lebuh Raya dan menafikan keterangan pemandu trak pikap itu.

Anirut bertegas anak guamnya langsung tidak memaafkan lelaki itu. Dia meninggalkan lokasi kejadian hanya kerana tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Thailand.

Wanita dikenali sebagai Sun Yuhan itu pergi ke pejabat Polis Lebuh Raya hari ini untuk memfailkan aduan terhadap lelaki tersebut.

Yuhan memberitahu, dia mempunyai beberapa restoran di Bangkok dan Pattaya tetapi tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Thailand.

Pada hari kejadian, Yuhan menjelaskan bahawa dia memandu ke pusat servis kereta untuk menukar minyak enjin.

Dia memandu pada kelajuan 80 kilometer sejam sebelum memperlahankan kenderaan kerana kesesakan lalu lintas di hadapannya.

Trak pikap yang dipandu laju itu merempuh keretanya dari belakang. Yuhan yakin dia bukan punca kemalangan itu.

Timbalan Pengarah Polis Lebuh Raya, Sophon Komolsutthi mendedahkan bahawa tiada sesiapa yang membuat aduan kepada pihaknya selepas kemalangan itu. Pemandu trak itu dipanggil ke pejabatnya untuk disoal siasat esok.

Dalam kemalangan pada Isnin lalu, lelaki Thailand itu bertegas bahawa wanita tersebut berhenti mengejut, menyebabkan kenderaan mereka berlanggar, lapor laman berita Thaiger semalam.

Baca juga: Babi paling terkenal di dunia mati di usia 100 tahun