Peguam Siti Bainun ‘koyak’ lepas dihentam netizen

Peguam Siti Bainun ‘koyak’ lepas dihentam netizen. Isu Bella masih belum selesai di mahkamah namun peguam ini tular kerana hantaran di Instagram yang menyokong anak guamnya.

“Kita sepatutnya matang menggunakan sosial media, kalau kecam tanpa tahu isi kes awak dapat apa? Confirm masuk syurga ke?”, kata peguam tersebut.

Kejadian yang dilaporkan terjadi sejak setahun yang lalu membangkitkan rasa marah orang ramai terhadap pengasas rumah bonda tersebut yang melakukan kezaliman terhadap seorang kanak-kanak OKU hingga kini.

Baru-baru ini saksi menyatakan kekejaman yang dilakukan ke atas Bella. Bella yang tidak tahu mana yang salah dan betul itu dicili, disimbah air panas dan diikat oleh manusia durjana ini sebelum tular satu gambar Siti Bainun bersama beberapa orang peguam yang menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Sedia maklum, kes penderaan terhadap adik Bella masih dibawah siasatan pihak berkuasa tempatan dan sedar akan kemarahan orang ramai kerana menyebelahi pihak pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun, peguam Hafidzah Hassan tampil beri penjelasan lanjut di Instagram, baru-baru ini.

Menurut beliau, mereka lebih memilih untuk mempercayai versi klien dan hanya mahu tunggu keputusan yang dibuat dari pihak mahkamah saja. Malah berkata masih terlalu awal untuk orang ramai untuk berkata apa-apa.

Jadi kadang-kadang kita tak berada dalam mahkamah jadi apa yang dilaporkan tak dapat nak saksikan secara langsung. Jadi untuk sekarang, masih terlalu awal untuk kita kata itu dan ini terhadap siapa-siapa.

Sudah semestinya penjelasan yang dibuat oleh peguam tersebut tidak diterima baik daripada netizen dan rata-ratanya meminta agar Hafidzah kalah dalam kes adik Bella ini.

Dalam kata-kata terakhir peguam itu di dalam video yang dimuat naik, dia berharap agar pihak yang benar akan terbela di dalam kes yang sedang berlangsung ini.

Baca Juga: Bella diberi makan cili padi, tak dibenarkan minum air

Baca Juga: ‘Rasa nak lumur di muka penjual’, lagi luahan kecewa pembeli bazar Ramadan