Peguam Zayn Rayyan pula jadi perhatian, netizen korek latarbelakang

Umum mengetahui kes berkenaan kanak-kanak autism, Zayn Rayyan kini masih menjadi tanda tanya disebabkan tiada pengakuan direkodkan dari mana-mana suspek.

Tidak kurang juga tuduhan yang dilemparkan kepada kedua ibu bapa kanak-kanak itu yang mendakwa mereka adalah punca sebenar kepada kes pembunuhan itu.

Namun hari ini, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.

Tiada pengakuan melibatkan pembunuhan seperti yang didakwa di media sosial dan ini turut melegakan ramai pihak terutama para netizen yang mengikuti kes ini.

Seperti diketahui, peguam Mahmud Jumaat adalah representasi yang dilantik oleh ibu kepada Zayn Rayyan dan kerap kali kita melihat sosok tubuh peguam ini di kaca televisyen.

Tidak ramai yang tahu, namun pemilik nama Mahmud Jumaat juga adalah rakan kongsi dari EMIR MAHMUD & CO. (EMCO).

Mahmud turut mewakili bank tempatan, syarikat serta badan berkanun yang memerlukan khidmat nasihat beliau.

Antara kes yang diwakilinya termasuk Bella iaitu kanak-kanak sindrom down yang didera di pusat jagaannya iaitu Rumah Bonda.

Mahmud turut mewakili Intan Salleh dalam kesnya yang disaman oleh bekas suami serta isterinya iaitu Izreen Azminda dan Ude dan juga kes Sulh antara Mizz Nina dan juga bekas suaminya iaitu Noh Salleh.

Baca juga: “Shuhaimi mimpi Sharifah Aini dan Siti Sarah ajak pergi taman cantik”-Ina Naim