Pekebun ini dedah cerita sebenar disebalik kenaikan harga sayur dan ayam

Saya tak nak salahkan sesiapa.
Saya bela ayam sendiri. Saya bela ayam kampung kacuk. Saya tak jual dengan pemborong.

Saya dah cakap hari tu. Sayur, ayam dan daging ni naik harga sebab pihak yang beruntungan nak desak kerajaan ambil ayam, sayur dan daging import.

Bila sayur naik harga
Bila ayam naik harga
Bila daging naik harga

Nanti adalah media, NGO, pembangkang bising sana sini. Semua tu konon-konon je jadi hero.
Nasib petani macam mana?

Nasib penternak macam mana?

Jangan harap ada yang tengok dan bela. Saya berkata benar. Saya bela ayam sendiri. Sepanjang tempoh harga ayam naik. Saya tak naik kan harga pon. Saya juga tahu kawan-kawan penternak tak dapat pun harga yang cantik dari pemborong. Banyak je ayam yang lebih hari dan tak terjual. Macam mana boleh kata bekalan tak cukup.

Siapa je yang naikan harga ni sebenarnya?
Bukan petani, pekebun atau penternak.
Katanya orang tengah. Mereka boleh je sesuka hati naikan harga. Tengah hari harga lain, petang harga lain, malam harga lain.

Kenapa saya tahu?

Sebab saya pergi pasar borong setiap hari untuk beli sayur. Harga hari ni dengan semalam tak sama.
Macam-macam taukey tu cakap. Sayur mahal sebab hujan. Ayam tak ada sebab banyak permintaan.

Janganlah nak bodohkan bang oi. Macam mana boleh mendadak naik. Sayur kita tanam hari ni bukan boleh terus petik esok. Kalau lada perlukan 2 bulan dari tanam baru berbuah itu belum boleh dipetik.
Ayam, boleh naik sampai RM5 sekilo dari harga asal. Mana boleh tak cukup. Ayam boleh masuk peti sejuk beku. Bukan busuk pun. Lepas tu boleh jual bila ayam tak cukup.

Saya nak ajar korang satu je kira-kira. Saya bela ayam 5000 ekor je satu pusingan. Ada syarikat besar bela ayam 5 juta keluar sebulan. Kalau ayam naik harga RM2 je sekilo. Sehari berapa deorang dapat untung.

Lama lah dulu.

Saya ada seorang kenalan. Bukanlah rapat sangat. Tapi kira mewahlah. Dia kata dia bisnes import export. Sekali saya tanya lah dia. Bisnes apa?. Dia kata dia bekalkan kepak ayam dari luar negara. Hantar pasar raya besar. Sekali lagi saya tanya soalan lurus bendul. Halal ke ayam tu. krik krik krik dia tak jawab terus cerita lain.

Ingat lagi setahun lepas. Satu syarikat yang dapat AP di dakwa kerana telah cuba menipu dengan mengatakan membekal daging lembu sedangkan daging yang dibekalkan adalah daging kuda dan daging kanggaro.

Boleh percaya ke lagi syarikat yang dapat AP ni?
Kekadang jadi penternak ni katanya kerjaya paling bawah. Nampak bersusah payah. Nampak baju koyak, murah dan nampak bodoh. Plot-plot drama pun tayang orang kampung ni selalu miskin.

Rakyat kita pun nak yang murah. Deorang kempen sendiri kata daging import, ayam import, sayur import jauh lebih murah. Orang kampung ada seorang dua tanam sayur, bela ayam susah nak beli. Baik beli kat pasar raya. Ada class gitu.

Pernah dulu kerja kat Jordan setahun. Sebelahnya negara Palestine. Yang korang beri derma selalu tu. Mereka pun makan nasi basmati. Mana ada makan beras hancur. Kita ni dari dulu tak berubah. Anak-anak kita beri makan beras hancur, ikan paling murah. Macam mana anak-anak kita nak membesar dengan sihat. Berfikir dengan cerdas.

Saya surah isteri saya tukar beras. Kalau boleh anak-anak beri makanan yang paling berkhasiat. Dah tahu sayur import pakai racun yang merbahaya. Tapi sayur kita yang baik-baik kita export ke Singapore. Rakyat kita makan sayur yang kurang berkualiti.

Tak payah nak fikirlah. Dunia ni medan tipu-tipu. Hanya ada 2 pilihan untuk dibuli atau membuli. Selagi ada yang berkepentingan dan beruntung pasti perkara ini akan terus menerus mengikut pusingannya.

Bila saya tulis macam ni, ada yang mesej ” ko pandai sangat ko jadi lah YB, bertanding lah. Jangan panda cakap je? “. Apasal pulak aku nak jadi YB, aku cuma pekebun cabuk je. Korang ni selalu cepat koyak le.